Ucapan Pengerusi IKCRC

AYAHTuan Haji Ismail Bin Hj Ishak

Bismillahirahma`nirrahim…

Assalamualaikum`warohmatullahi`wabarokatuh

Warga Isma Karisma yang dihormati,

Di kesempatan ini, saya ingin mengumumkan bahawa selaras dengan penjenamaan semula Isma Karisma Ultimate Sdn Bhd, maka tertubuhnya kelab yang dikenali sebagai KELAB KEBAJIKAN & REKREASI ISMA KARISMA pada 19 November 2013.

Kelab Kebajikan & Rekreasi Isma Karisma dan Isma Karisma Ultimate Sendirian Berhad / Isma Karisma Enterprise kini merupakan ‘smart partnership’ yang saling melengkapi antara satu sama lain berganding bahu menunaikan tanggungjawab terhadap masyarakat amnya dan warga Isma Karisma khususnya.

Justeru itu walaupun keahlian adalah terbuka kepada semua warga Isma Karisma, adalah wajar sekiranya kesemua warga Isma Karisma menjadi ahli Kelab. Dengan itu juga saya ingin menyeru kepada warga kerja Isma Karisma yang belum menjadi ahli agar berbuat demikian secepat mungkin, supaya keseluruhan warga Isma Karisma dapat menyumbang dan mengambil bahagian disamping menikmati ganjaran bersama-sama dalam semua program-program yang akan menyusuli.

Informasi lanjut mengenai operasi dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan, boleh didapati diportal Isma Karisma Ultimate.

Marilah kita semua pada keseluruhannya bersama-sama menjayakan misi Kelab Kebajikan ini demi kebaikan dan kesejahteraan ahli dan masyarakat disamping memartabatkan lagi jenama Isma Karisma.

Sekian terima kasih

Wasalam`warohmatullahi`wabarokatuh…