Matlamat Kelab

1. Mengadakan program dan aktiviti yang berunsurkan pendidikan bagi
melahirkan generasi yang berkualiti dan dapat menyumbangkan ke arah
kemajuan negara
2. Melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan
kemasyarakatan
3. Menjalankan kerja-kerja amal untuk mencapai matlamat pertubuhan
4. Mengadakan aktiviti-aktiviti kebajikan, rekreasi dan sukan di kalangan
kakitangan syarikat dan ahlinya
5. Memberi peluang kepada ahli-ahli untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti
kebajikan, rekreasi dan sukan dalam usaha memelihara dan memupuk
persefahaman, semangat kerjasama, mewujudkan suasana kemesraan dan
mengeratkan perhubungan antara satu sama lain menerusi aktiviti-aktiviti
tersebut;
6. Memberi bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan