Keterangan Logo & Warna Logo

Keterangan logo dan warna-wana logo adalah seperti berikut :

a) ‘Masyarakat Atau Kakitangan Yang Menghulurkan Tangan Untuk  Menerima’ melambangkan kegiatan-kegiatan kebajikan seperti memberi derma kebajikan.

b) ‘Pokok Kayu Yang Rendang Atau Rimbun’ melambangkan kegiatan rekreasi luar seperti berkhemah sebagainya atau memberi kesejahteraan kepada ahli kelab dan kakitangan syarikat.

c) ‘Daun’ melambangkan kekayaan sumber kewangan yang kukuh bagi dapat membantu masyarakat yang memerlukan di masa hadapan

d) ‘Perkataan Separa Lengkungan’ yang berada di bahagian atas logo memberi penekanan kepada matlamat perpaduan di kalangan ahli-ahli kelab.

e) ‘WARNA HIJAU’ – bermaksud kesegaran di kalangan ahli-ahli kelab yang diperolehi daripada aktiviti-aktiviti kebajikan dan rekreasi atau simbol kekayaan yang diperolehi dari sumber sumber yang halal dan patuhi syariah.

f) ‘WARNA JINGGA’ – bermaksud kesetiaan, kepatuhan dan kerjasama di kalangan ahli-ahli kelab ke arah mencapai objektif-objektif kelab di bawah pimpinan yang luhur dan dedikasi.

g) ‘WARNA BIRU’ – bermaksud ketenangan, kelembutan dan sikap tolak ansur di kalangan ahli-ahli kelab bagi membantu pengurusan kelab yang efisyen dan berbudi bahasa.

h) Cogankata kelab ‘REKREASI UNTUK KESEJAHTERAAN’ menunjukkan bahawa kesejahteraan merupakan matlamat utama kelab di dalam menjalankan setiap aktivitinya.